About Us

For ''Malaysia Domain Solutions'' it is fundamental to generate confidence.

Rosland masmud pengasas, pereka & konsultant perniagaan & AKADEMIK

malaysia domain solutions

Rosland Masmud adalah seorang profesional yang telah mendedikasikan lebih 30 tahun dalam bidang kewangan, pengurusan, pembangunan perniagaan, & laman web, serta perunding perniagaan & akademik. Sepanjang kerjayanya beliau telah memainkan penting dalam membantu pelbagai syarikat mengembangkan perniagaan mereka melalui strategi kewangan yang kukuh, analisis pasaran yang mendalam serta inovasi digital. Terutama dalam industri pengajian tinggi bidang kepakaran beliau dan telah terbukti serta telah mengikat kontrak dengan beberapa institut pengajian tinggi di Malaysia.

Pengalaman kerja. beliau pernah bertugas di Majlis Perbandaran Tawau sebagai Pegawai Akaun (perlesenan), Petronas Methanol Labuan sebagai Pegawai Akaun (Planning, Costing & Budget), Total IFM Sdn Bhd sebagai Penolong Pengurus Negeri, Kolej PTPL Sabah kini MSU di bahagian Pembagunan Perniagaan & Kaunseling (Penceramah

Read More
WhatsApp Image 2024-09-13 at 12.16.54

Rosland Masmud - Managing Director RMECorp Group

& Kaunseling), Kolej Yayasan Sabah kini Kolej Teknikal Yayasan Sabah sebagai Head Pembangunan Perniagaan & Twintech Internationl Colleg University of Technology sebagai Deputy CEO (Pembangunan Perniagaan & Hal Ehwal Pelajar) serta merangkap Pengurus Pembangunan Perniagaan.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat & Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan serta Master of Business Administration in Management (MBA in Management) dari UCS. Pada masa, beliau sedang melanjutkan pengajian ke peringkat PhD in Management di UCS memperkukuhkan lagi kepakarannya dalam bidang pengurusan dan strategi perniagaan.

Sebagai pengasas Malaysia Domain Solutions yang di miliki oleh RMECorp Group, Rosland Masmud telah membangunkan syarikat yang menawarkan perkhidmatan reka bentuk laman web, pembangunan aplikasi, sistem pengurusan perniagaan, serta strategi pemasaran digital. Syarikat ini berpusat di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia dan telah membantu banyak organisasi dalam dan luar negara bagi memperkukuhkan kehadiran digital dalam perniagaan mereka.


Pengalaman & Kepakaran

Rosland Masmud mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai sektor termasuk:   

  • Kewangan & Pengurusan: Menyediakan penyelesaian kewangan yang inovatif, merancang aliran tunai dan membangunkan strategi pertumbuhan perniagaan yang mampan.
  • Pembangunan Laman Web & Digital: Membangunkan laman web korporat, portal pendidikan dan platform e-dagang yang mesra pengguna dan berimpak tinggi.
  • Analisis Perniagaan: Menjalankan kajian pasaran yang mendalam untuk membantu syarikat mengenal pasti peluang baru dan meningkatkan daya saing mereka.
  • Strategi Pendidikan & Pengurusan IPTS: Berperanan dalam membantu institusi pengajian tinggi swasta dalam penyediaan sistem pengurusan akademik, strategi pemasaran digital dan pembangunan kursus hibrid.


Pendidikan & Kajian Akademik

Selain pengalaman industri, Rosland Masmud juga aktif dalam dunia akademik. Beliau kini sedang manjalankan kajian pengurusan dan pemasaran digital, dengan fokus kepada keberkesanan strategi pemasaran dalam sektor pendidikan tinggi swasta.


Misi & Visi

Sebagai pemimpin dalam industri, Rosland Masmud mempunyai visi untuk:

  • Membantu perniagaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang melalui teknologi digital. 
  • Meningkatkan sistem pengurusan dalam sektor pendidikan swasta agar lebih cekap dan mampan.
  • Membangunkan model pembelajaran hibrid yang dapat memberi manfaat kepada pelajar dan institusi pengajian tinggi.

Melalui RMECorp Group beliau terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi yang membantu pelanggan mencapai matlamat perniagaan mereka dengan lebih efisien dan inovatif.

Hubungi Kami: Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan kami, sila layari laman web rasmi kami atau hubungi kakitangan kami secara terus.

  • +6011-7571 4588

PERKHIDMATAN LAIN KAMI SEDIAKAN:

Business Consultants
  • Perancangan Strategik & Pembangunan Perniagaan - Membantu syarikat dalam merangka pertumbuhan dan penjenamaan.
  • Kajian Kelayakan & Analisis Perniagaan - Menyediakan laporan kajian pasaran & penilaian pelaburan.
  • Pengurusan Aliran Tunai & Perancangan Kewangan - Menyediakan analisis cash flow & strategik kewangan untuk perniagaan baharu dan sedia ada.
  • Permohonan & Penyediaan Dokumen Pinjaman - Menyediakan dokumen untuk permohonan pinjaman perniagaan, termasuk SME Loan & Geran Kerajaan. 
  • Pembangunan Laman Web & Strategi Digital - Menyediakan perkhidmatan membangunkan laman web, pemasaran digital dan pengurusan media sosial pelanggan.


Academic Consultants
  • Penubuhan & Pengurusan Kolej Swasta - Membantu dalam penubuhan kolej swasta, permohonan akreditasi MQA dan penyediaan sistem pengurusan akademik.
  • Menyediakan Silibus & Struktur Program - Menyediakan kurikulum & struktur akademik yang mematuhi piawaian akademik.
  • Penyelidikan & Penulisan Akademik - Menyediakan perkhidmatan membuat tesis, kertas kajian, artikel akademik & projek penyelidikan.
  • Pembangunan Program Open Distance & Learning (ODL) - Merangka sistem pembelajaran jarak jauh yang berkesan. 
  • Pengurusan Biasiswa & Pinjaman Pendidikan - Menyediakan khidmatan nasihat dalam mendapatkan biasiswa dan pinjaman pendidikan.


Perkhidmatan Draf Kertas Kerja

1. Kertas Kerja Perniagaan & Permohonan Pinjaman

  • Kertas Kerja Permohonan Pinjaman MARA, TEKUN, SME Bank, Bank Konversional.
  • Kertas Kerja Permohonan Geran Perniagaan (GKP, SUPERB, PENJANA, dll).
  • Kertas Kerja Usahawan Startup & Modal Teroka (Venture Capital, Angel Investor).
  • Kertas Kerja Crowdfunding & P2P Financing.

Caj perkhidmatan bergantung kepada kesukaran dan jumlah dokumen. 


2. Kertas Kerja Tender & Kontrak 

  • Kertas Kerja Tender Kerajaan & Swasta (MOF, CIDB, GLC, dll).
  • Kertas Kerja Kontrak Pembekalan & Perkhidmatan.
  • Kertas Kerja  Konsesi & Rancangan Perniagaan Jangka Panjang.

Caj perkhidmatan bergantung per projek, & nilai projek. 


3. Kertas Kerja Penubuhan & Pengurusan Institusi 

  • Kertas Kerja Penubuhan Kolej Swasta / Pusat Latihan TVET (MQA, JPK, MOHE).
  • Kertas Kerja Pembukaan Tadika / Sekolah Swasta / Sekolah Antarabangsa.
  • Kertas Kerja Pusat Kesihatan, Klinik Swasta, Farmasi (KKM Majlis Perubatan).

Caj perkhidmatan berdasarkan keperluan permohonan dan dokumentasi. 


4. Kertas Kerja Pelaburan & Perancangan Kewangan 

  • Kertas Kerja Analisis Pelaburan Hartanah & Projek Pembangunan.
  • Kertas Kerja Perancangan Strategi Perniagaan (Business Plan & Feasibility Study).
  • Kertas Kerja Penstrukturan Semula Syarikat (Restructuring & Turnaround Plan).

Caj perkhidmatan bergantung kepada sekala perniagaan. 


5. Kertas Kerja Program & Acara (Event Proposal) 

  • Kertas Kerja Program Keusahawanan, Latihan & Seminar.
  • Kertas Kerja Penganjuran Ekspo & Pameran  (Business Plan & Feasibility Study).
  • Kertas Kerja CSR & NGO untuk Dana dan Sumbangan.

Caj perkhidmatan bergantung kepada per dokumen, lebih tinggi jika melibatkan pencarian dana. 

¿adakah anda memerlukan maklumat mengenai keperluan & kepentingan laman web untuk perniagaan atau pertubuhan anda ?

Jika YA, sila klik butang di bawah untuk melayari halaman blog kami dan mendapatkan informasi lengkap mengenai kepentingan serta keperluan laman web dalam dunia digital hari ini.

Halaman Blog
about1-1

For ''MDS'' it is fundamental to generate confidence.

Live Chat

Langsung 24/7. 

Send Ticket

Membalas segera. 

Call Now

Perkhidmatan & teknikal. 

FAQ

Perkhidmatan & produk.